Peluk Rakan baik Anda di Facebook




Jika anda merasakan hanya sekadar menjadi rakan Facebook tidak cukup, kini anda boleh memeluk rakan baik anda di Facebook, peluk yang sebenar.

Pereka telah tampil dengan jaket yang memberikan anda pelukan apabila seseorang di laman rangkaian sosial mengatakan dia sukakan anda. Jaket "like-a-hug" akan mengembung jika seseorang klik pada butang "Like", meletakkan realiti sebenar ke dalam realiti maya.

Direka oleh pelajar Melissa Chow, yang berkata ia "membolehkan kita merasakan kehangatan, galakan, sokongan, atau cinta yang kita rasa apabila kita menerima pelukan". Pelukan juga boleh dihantar kembali kepada penghantar asal dengan memerah jaket tersebut.

Jaket itu juga boleh secara automatik mengembung untuk memeluk pemakainya apabila menerima "Like" dari telefon bimbit. Poket udara dalam jaket mengembung apabila telefon bimbit pemakai menghantar isyarat bahawa halaman telah di"Like".


Melissa Chow, yang bekerjasama dengan rakan-rakan makmal media Andy Payne dan Phil Seaton dari Massachusetts Institute of Technology, menjelaskan: "Projek ini telah dilakukan sebagai latihan."

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top