Aliff Aziz, yang telah dikejarkan ke hospital pagi kelmarin setelah mengadu sakit dada, kini sedang berehat di rumah selepas dilepaskan pihak doktor.
Pengurusnya, Adlina dari syarikat rakaman Sony Music Malaysia ketika dihubungi , Aliff Aziz yang dijadualkan membuat persembahan sempena PJ Half Marathon 2012 anjuran Star Publications dikatakan mengadu sakit dada.
“Masa saya ambil dia di rumah, dia okay saja. Tapi bila kami sampai di ‘venue’, dia mengadu sakit dada, serta tak boleh nafas,”
Aliff telah dibawa ke Pusat Perubatan Kelana Jaya sejurus sebelum dihantar ke Hospital Serdang bagi menjalani pemeriksaan lanjut dengan pakar.
“Doktor berkata dia sesak nafas bukannya diserang sakit jantung. Tapi doktor mengesyaki mungkin dia tidak cukup tidur. Dia kena buat rawatan susulan esok.
“Ini kali pertama perkara tersebut berlaku. Doktor nasihatkan dia supaya banyak berehat.”
Setelah persembahannya di PJ Half Marathon, Aliff sepatutnya terbang ke Singapura bagi menjalani sesi latihan di Esplanade bagi sebuah persembahan pada 12 Oktober ini. – Info Artis @ forblogger.net


{ 2 trackbacks }