KUALA LUMPUR – Aksi kejar mengejar polis dan seorang penjenayah yang cuba melepaskan diri dengan merempuh kereta peronda dan motosikal polis berakhir setelah penjenayah terbabit terkena empat das tembakan.
Pihak polis yang berjaya menahannya di susur keluar Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dari Puchong ke Subang Jaya awal pagi tadi.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah berkata suspek dikehendaki kerana terlibat dalam beberapa kes seperti ugut dan pergaduhan bersenjata di sekitar Lembah Klang.
“Suspek melarikan diri dengan keretanya setelah ditahan oleh dua kereta peronda dan dua motosikal polis untuk tujuan pemeriksaan.
“Suspek kemudian berjaya dikesan di kawasan Taman Mawar, Kinrara. Apabila pasukan polis menghalang kereta yang dipandu suspek untuk pemeriksaan, dia mengamuk dan merempuh kereta dan motosikal polis.
“Polis terus mengejar suspek dan turut melepaskan lapan das tembakan yang mana empat das mengenai lengan dan rusuk suspek sementara empat das lagi mengenai kereta suspek, selepas mengejarnya sejauh dua kilometer,” katanya kepada wartawan.
Tambah SAC Mohd Adnan, satu das tembakan terkena pada tayar kereta suspek menyebabkan suspek terpaksa memberhentikan kenderaan.
Suspek yang cedera parah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya dan keadannya dilaporkan stabil.
Dalam pada itu, seorang anggota polis bermotosikal yang dirempuh suspek mengalami kecederaan ringan, semasa ditahan suspek turut didapati positif dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan 307 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan cubaan membunuh.
5 info berkaitan...
- Penyanyi Zzati, Bukan Penyebab Wan Zack Pulang Ke Malaysia
- Ahli perniagaan Saudi tawar 10 juta dollar sesiapa bunuh Hassan Nasrallah
- Orang Islam Myanmar terpaksa berlindung di biara
- Bayi terselamat dari paip kumbahan keluar hospital
- Polis terima 5 laporan kenderaan dirosakkan dalam insiden kekecohan Piala FA

