Penyanyi Rap Perancis Berhijab Selepas Peluk Islam

by Harian Malaya on 3 October, 2012

in Info Artis

Share:

Penyanyi Rap Perancis Berhijab Selepas Peluk Islam

Paris- Diam, seorang penyanyi rap wanita terkenal di Perancis, mengejutkan ribuan peminatnya apabila buat pertama kali tampil memakai hijab selepas memeluk Islam.

Diam atau nama sebenarnya Melanie Georgiades, disifatkan telah melakukan proses transformasi sepenuhnya daripada seorang penyanyi rap kepada seorang wanita Muslim.

Di katakan sejak 2009, Diam telah mencetuskan kontroversi kerana jarang muncul di khalayak ramai dan kontroversi berkenaan akhirnya lenyap dengan penampilan pertamanya dalam interview dengan stesen televisyen Perancis, TF1.

Dalam satu temu bual eksklusif itu, Diam menceritakan kisah silamnya dan bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam.

Jelas Diam, dia diperkenalkan secara kebetulan oleh seorang rakan beragama Islam.

“Saya memeluk Islam selepas melihat rakan saya menunaikan solat. Ketika itu saya memberitahunya bahawa saya juga ingin bersolat.

“Ketika bersujud, itulah kali pertama saya menyentuh dahi ke lantai dan ia merupakan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini dan saya kini percaya, kita hanya tunduk kepada Allah, bukan insan lain,’’ katanya.

Menurut Diam, dia memeluk Islam selepas memahami agama itu dan membaca Al-Quran.

Dia juga sanggup berpindah ke Mauritius semata-mata untuk belajar membaca Al- Quran dan kini lebih memahami Islam sepanjang proses memeluk Islam.

# Alhamdulillah, bukan sahaja artis dalam negara berubah, bahkan artis luar negara juga melakukan satu penghijrahan demi Islam.

Info Artis & Info Agamaforblogger.net

 

5.0

Previous post:

Next post: