Pilu Lihat Ayah Rentung Dalam Van

by MediaKini on 1 October, 2012

in Info Terkini

Share:

KOTA TINGGI – Sukar untuk digambarkan kesedihan yang dirasai 4 beradik sewaktu melihat ayah mereka mati terbakar setelah van Nissan Vanette yang dinaiki mereka berlanggar sebuah kereta di Kilometer 11, Jalan Lok Heng-Mawai, di sini, semalam.

Dalam kemalangan kira-kira jam 9.15 pagi itu, anggota polis berpangkat koperal, Daud Talib, 46, rentung setelah tersepit di tempat duduk pemandu serta gagal diselamatkan.

Turut terkorban dalam kemalangan tersebut ialah Adibah Hashim, 48, pemandu kereta Proton Iswara yang bertembung dengan van dipandu Daud.

Isteri Daud, Salina Kadis, 44, parah manakala 4 anak serta 3 anak saudara berusia 5 hingga 17 tahun yang berada dalam van turut cedera ringan.

Kejadian berlaku sewaktu Adibah hilang kawalan sebelum kereta dipandunya termasuk ke laluan bertentangan dan bertembung van dinaiki Daud sekeluarga. – Info Terkini @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: