Proton Bakal Guna Enjin Petronas EO1

by Harian Malaya on 23 October, 2012

in Info Terkini

Share:

Proton Bakal Guna Enjin Petronas EO1 ! Pihak Proton Holdings Bhd bakal menggunakan enjin PETRONAS E01 yang dimajukan PETRONAS untuk model baru serta model gantian keluarannya bermula pada tahun depan.

Proton Bakal Guna Enjin Petronas EO1

Menurut sumber industri, anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Bhd itu kini sedang berunding dengan PETRONAS bagi pembelian enjin berkenaan berserta dengan hak inteleknya sekali.

Sebagai peringkat permulaan, Proton Holdings bercadang menggunakan enjin PETRONAS E01 yang memiliki teknologi dan kemampuan setara dengan enjin kereta terbaik dunia lain itu pada model Preve hatchback, Exora Facelift, model gantian Perdana serta model baru yang bakal diperkenalkan secara berperingkat.

EO1 Petronas Engine

Enjin ini telah di bangunkan oleh sekumpulan jurutera tempatan ketika Petronas bersama Sauber F1 di German, satu ketika dahulu.

Proton Bakal Guna Enjin Petronas EO1

Syarikat dari negara China di laporkan pernah membeli unit enjin ini dari Petronas dengan jumah 100k.

Beberapa unit kereta Proton seperti Satria GTi, Waja, Perdana dan Putra pernah dipasang dan di pandu uji ketika itu dengan enjin ini, ura-ura mengatakan prestasi  enjin ini amat mengkagumkan.

Spesifikasi enjin Petronas E01 :

Valve mechanism: Continuous Control VVT (Variable Valve Timing)
Camshaft: Double OverHead Camshaft (DOHC)
Displacement: 2 litres
Induction: Natural Aspirated
Cylinders: 4, In-line
Valves per cylinder: 4
Block: Aluminum
Weight: 108.9kg
Max Horsepower: 204.3 PS @ 7300rpm
Max Torque: 203Nm @ 5300rpm
Power Output per litre: 100 PS/litre
Volumetric Efficiency: 107.8%
Emission Standards: EURO 2

5.0

Previous post:

Next post: