Prypiat Bandar Hantu Bencana Chernobyl





Jom kita terjah lagi Bangunan/Bandar yang ditinggalkan. Prypiat adalah sebuah bandar yang ditinggalkan berpuluh tahun lamanya di utara Ukraine, Wilayah Kiev berhampiran sempadan dengan Belarus. Pada asalnya ia adalah rumah kepada pekerja Loji Kuasa Nuklear Chernobyl. Bandar ini telah ditinggalkan pada tahun 1986 berikutan bencana Chernobyl. Bencana ini berlaku sewaktu sesi ujian sistem pada hari Sabtu, 26 April 1986 di reaktor nombor empat loji Chernobyl yang terletak dekat dengan bandaraya Prypiat. Ia dianggap ramai sebagai kemalangan logi kuasa nuklear yang paling dahsyat dalam sejarah, dan juga merupakan yang pertama daripada dua kejadian yang diberi taraf 7 dalam Skala Kejadian Nuklear Antarabangsa (selain kemalangan nuklear Fukushima I). Usaha menahan peluasan pencemaran serta mengelakkan berlakunya malapetaka yang lebih besar melibatkan lebih 500,000 orang pekerja dan menelan belanja kira-kira 18 bilion ruble, sehingga menyebabkan kegawatan ekonomi Soviet. Kesemua penduduk dipindahkan dan kira2 seramai 50,000 orang telah menetap dibandar itu sebelum kemalangan itu. Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpendapat bahawa jumlah kematian itu mungkin mencecah 4,000 orang awam, tidak termasuk pekerja pembersihan dari tentera. Satu lagi laporan menduga seramai 30,000 hingga 60,000 kematian akibat penyakit barah daripada luruhan Chernobyl, tetapi satu laporan Greenpeace menganggarkan jumlah mangsa itu seramai 200,000 orang mangsa. RIP.





















HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top