Tersebar di portal-portal hiburan
Berhubung gambar isu ‘Amar hadir majlis dengan kesan ciuman di pipi‘ seperti yang disiarkan sebentar tadi, wartawan media terus menghubungi kekasihnya iaitu Puteri Sarah Liyana bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan isu tersebut.
Ketika diajukan soalan bekenaan gambar yang tersebar tersebut, Puteri Sarah lantas menjawab;
“Saya pun baru terbaca di laman Twitter tentang hal ini. Kalau nak tahu, saya mencium pipi Amar pun ketika majlis sedang berlangsung. Masa itu dia mengusik saya, dan saya teruslah menciumnya. Sebab saya menggunakan gincu merah, itu yang ada kesan.
“Saya cium Amar pun masa di belakang saya ada beberapa orang sahaja. Tidak pasti sama ada mereka perasan atau pun tidak. Bayangkan jika ketika itu Amar datang seorang diri dengan penampilan sedemikian, pasti lain lagi ceritanya.
“Tapi, mustahil lah untuk kami lakukan sedemikian rupa di luar sebelum hadir ke majlis. Dan benda yang terjadi itu hanya di tempat khalayak, saya tidak tahu apa lagi yang mahu dicerita pasal kami.”
Berikut adalah gambar yang ditangkap wartawan, terdapat kesan ciuman di pipi Amar ketika menghadiri majlis keramaian besama Puteri Sarah Liyana. – Info Artis @ forblogger.net

