Raja Azura Tidak Mahu Hidup Bermadu

by Harian Malaya on 17 October, 2012

in Info Artis

Share:

Raja Azura Tidak Mahu Hidup Bermadu

KUALA LUMPUR: Kak Engku atau Raja Azura, yang sekarang sibuk dengan radio Sinar FM  menegaskan dirinya tidak akan mencari pengganti di kalangan suami orang kerana prinsipnya enggan hidup bermadu.

Menurut Raja Azura, 40, walaupun dalam agama Islam tidak menghalang kehidupan bermadu namun perkara itu haruslah hadir dengan keikhlasan hati kerana ia bukanlah sesuatu yang mudah.

“Terus terang jika ingin mencari pengganti, saya tidak mahu cari di kalangan mereka yang sudah berkahwin dan saya tidak mahu hidup bermadu.

“Ia telah menjadi prinsip hidup saya dan rasanya saya bukan insan yang terpilih untuk hidup berpoligami,” ujarnya ketika ditemui pada pelancaran program bual bicara Primadona di Astro, di sini pada Selasa.

Namun begitu, Raja Azura tidak menafikan ada juga lelaki yang cuba mendekatinya sejak dia berpisah dengan Adzmin Osman. Bagaimanapun katanya, dia lebih selesa dengan kehidupan solonya kini.

Bahkan katanya, kini tumpuannya adalah kepada anak-anak selain kerjaya sebagai penyampai radio Sinar FM.

Selain Raja Azura, program tersebut turut menampilkan Erra Fazira, Ziela Jalil dan Rozita Che Wan sebagai pengacara gandingan.

Ia akan menemui penonton bermula 2 November depan setiap hari Jumaat pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Raja Azura dan Adzmin berpisah pada 28 September 2010 selepas hampir sepuluh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Megat Muhammad Raziq,10, Megat Luqman Hakim,9, dan Puteri Mkia Maizurah, 6.

Bekas suaminya, Adzmin merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Arof.

– Info Artis @ forblogger.net 

5.0

Previous post:

Next post: