Ramli Ibrahim Dapat Anugerah Tertinggi Dari Presiden India

 

Ramli Ibrahim Dapat Anugerah Tertinggi Dari Presiden India

Ramli Ibrahim, terkenal kerana menjadi rakyat Malaysia pertama yang mampu menari dan menjadi guru kepada tarian klasik India.

Kali ini Ramli Ibrahim di beritakan telah menerima Anugerah Akademi Sangeet Natak 2011 daripada Presiden India sendiri, Pranab Mukherjee pada majlis khas di Presidential House.

Dengan anugerah dan kejayaan ini, menjadikan beliau sebagai rakyat Malaysia yang pertama menerima anugerah berprestij itu.

Akademi Sangeet Natak Akademi, yang ditubuhkan kerajaan India pada 31 Mei, 1952, merupakan akademi nasional bagi bidang muzik, tarian dan drama.

“Banyak ranjau dan duri yang perlu ditempuhi untuk berjaya dalam tarian klasik India, terutama Odissi kerana dengan penduduk berjumlah lebih satu bilion, terdapat ramai orang yang berbakat besar di India,” jelasnya kepada wartawan.

Ia merupakan badan tertinggi di India yang bertanggungjawab memulihara dan mempromosi tradisi seni persembahan negara ini.

Lahir pada 1953, sebelum ini pada tahun 2009 Ramli juga pernah menerima anugerah dari negara India iaitu Nartaka Award.

– Info Riadah @forblogger.net

 

Leave a Reply