Remy dan Aqasha Berperang Dalam Twitter? Inilah apa yang dapat di rumuskan apabila melihat satu liputan dari sebuah laman web hiburan tempatan.
Menggunakan tajuk panas, Remy Ishak menyindir Aqasha di Twitter seolah-olah mengatakan Remy dan Aqasha sedang berperang?
Petikan menerusi akaun twitter Remy berbunyi,
“Si penggemar rahsia memang gemar berahsia, lebih lebih lagi tentang hubungan kekasih gelapnya dari pengetahuan sang isteri,” #CerpenTwitter.
Manakala, petikan dari akaun twitter Aqasha pula pun tidak kurang hebatnya,
“Ibarat anjing menyalak bukit, perbuatan meminta perhatian yang mungkin juga sia-sia atau mungkin juga bodoh”#KelasBMpagi
Persoalannya, adakah benar Remy dan Aqasha saling sindir menyindir? Atau mereka hanya berkata kepada umum tanpa di tujukan kepada sesiapa?
Walau apapun, hakikat sebenarnya sedang berlaku tidak dapat di pastikan, namun rumusan dan kesimpulan sendiri pasti mengatakan, ia pastinya berkaitan dengan apa yang telah berlaku ke atas Remy sebelum ini.




{ 1 trackback }