Restoran Perancis Buat Mangkuk Kencing Berbentuk Mulut Wanita

by MediaKini on 11 October, 2012

in Info Terkini

Share:
Mangkuk kencing berbentuk mulut wanita di restoran mewah Perancis

SYDNEY – Menurut sebuah restoran baru di Perancis berkata, ia bakal membuang mangkuk kencing lelaki berbentuk mulut wanita berlipstik dari premis tersebut ekoran bantahan orang ramai mengenai mangkuk tersebut.

Ananas Bar serta Brasserie yang bertanggungjawab mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai memohon maaf berhubung kejadian tersebut. Menurutnya, mangkuk itu ciptaan oleh artis Belanda, Meike van Schijndel, yang biasa digunakan di Eropah.

“Kami memohon maaf sekiranya ia telah menyebabkan rasa tidak puas hati. Kami akan menanggalkannya hari ini,”

Pengulas makanan akhbar Sydney Morning Herald menyifatkan mangkuk kencing tersebut sebagai ‘tidak mengejutkan.’

Bagaimanapun, aktivis wanita serta bekas penasihat politik, Anne Summers berkata, rekaan itu sangat menjijikkan.

“Sikap membenci terhadap wanita begitu berleluasa dan ini adalah sebagai satu contohnya,”

- Info Terkini @ forblogger.net 

5.0

Previous post:

Next post: