Sangka Mercun Rupanya Tembakan

by MediaKini on 1 October, 2012

in Info Terkini

Share:

KLANG – “Sewaktu saya hendak tidur kira-kira jam 4 pagi, saya dikejutkan dengan bunyi letupan di luar kawasan rumah. Saya sangkan itu bunyi mercun, tetapi pagi tadi baru saya tahu ianya bunyi tembakan,”

Difahamkan, sewaktu kejadian, mangsa dan keluarga berada di dalam rumah, kesan tembakan yang dilepaskan dapat dilihat di beberapa kawasan rumah seperti di tingkap, pagar serta tiang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, dalam kejadian tersebut, pemilik rumah berusia berusia 55 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori terkejut setelah mendengar 2 das bunyi tembakan dari luar rumahnya.

Sebaik mendengar bunyi tembakan tersebut, mangsa segera keluar dari rumahnya sebelum melihat 2 lelaki yang tidak dikenali menaiki motosikal Yamaha RXZ.

“Namun, sewaktu melihat kelibat suspek, suspek sempat melepaskan 2 das lagi tembakan ke arah rumah mangsa sebelum melarikan diri ke jalan utama.

“Sebaik melihat suspek melarikan diri, mangsa memeriksa kawasan rumahnya dan mendapati pintu dan cermin tingkap rumahnya berlubang kesan daripada tembakan berkenaan,”

Polis dan pasukan forensik dihantar ke tempat kejadian menemui 6 kelonsong peluru di luar pagar rumah mangsa, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Menurutnya, polis masih dalam mengenal pasti motif tembakan yang dilepaskan ke arah rumah mangsa kerana berdasarkan keterangan daripada mangsa, dia tidak mempunyai masalah dengan sesiapa namun laporan polis dibuat kerana bimbang keselamatan diri serta keluarganya pada masa akan datang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 kerana telah melepaskan tembakan di tempat awam serta boleh dipenjara sekurang-kurangnya setahun ataupun didenda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – Info Terkini @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: