KUALA LUMPUR – Bagi menarik lelaki hidung belang untuk melanggani pekerja khidmat warga China serta Vietnam yang baru tiba di Malaysia, sindiket pemerdagangan manusia telah menganjurkan ‘sekolah mini’ kursus bagi mempelajari bahasa tempatan untuk memudahkan komunikasi.
“abang, sayang, cinta, saya bersih, kacak, atas atau bawah dan baring”
Namun, jika gagal menguasainya dalam masa 3 hari, mereka akan dipukul, setiap wanita yang baru tiba di Malaysia diajar bapa ayam untuk bertutur beberapa bahasa tempatan, termasuk Bahasa Malaysia untuk memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan.
Wanita yang berjaya menguasai bahasa tempatan dikatakan dapat meningkatkan pendapatan kerana mereka lebih disenangi pelanggan. Dilaporkan pelanggan lebih puas dengan layanan wanita tersebut yang boleh berkomunikasi berbanding rakan sekerjanya yang hanya menggunakan bahasa isyarat.
Perkara itu telah didedahkan wanita dari China, Yen, 24, yang pernah berkhidmat sebagai sindiket yang terbabit sejak setahun lalu. – Info Terkini @ forblogger.net

