Selangor vs Kelantan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2012

by Harian Malaya on 12 October, 2012

in Info Sukan

Share:

Selangor vs Kelantan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia 2012

Dua gergasi elit bola sepak tempatan Selangor dan Kelantan bakal membuat perhitungan terakhir di Stadium Shah Alam malam ini bagi mengetahui pasukan mana akan menentang ATM pada aksi final Piala Malaysia 2012 di stadium sama, 20 Oktober ini.

Pasukan Selangor yang tumbang 0-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, baru-baru ini pastinya mengharapkan penyudah lebih tajam jentera serangan.

Pengendali Selangor, Irfan Bakti Abu Salim yakin kemampuan anak buahnya untuk bangkit memadam defisit ketinggalan satu gol sebelum ini biarpun bakal beraksi tanpa pertahanan kental, Nasriq Baharom yang dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Kelantan.

Kelantan pula yang di label sebagai pasukan pakej lengkap dengan reputasi juara Piala FA, juara Liga Super serta mara ke peringkat suku akhir Piala AFC sudah cukup menggerunkan setiap lawan mereka musim ini.

Dijangka perlawanan malam ini akan dipenuhi dengan lautan penyokong berwarna merah dan kuning sebagai tanda sokongan kepada pasukan masing-masing.

Info Sukan @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: