KUALA LUMPUR: Perselisihan antara Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dengan Azmin Ali berterusan lagi apabila beliau membalas sindiran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan mengatakan ‘anak emas Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut terlalu bercita-cita’.
Malah Mustafa yang juga orang kanan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara berkias dan sinis berkata, sebagai orang tua, beliau faham akan perasaan dan juga cita-cita politik seorang pemimpin muda seperti Ahli Parlimen Gombak itu.
”Saya tidak perlulah komen apa-apa tetapi sebagai orang tua, saya faham perasaan dan cita-cita besar dia seorang pemimpin muda. Biarkanlah dia,” katanya penuh tersirat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai menjawab sindiran Azmin kepada pemberita di sini hari ini. – Info Politik @ forblogger.net

