SPRM siasat kenduri kahwin anak Ali Rustam

by Black Hat on 6 October, 2012

in Info Terkini

Share:

SPRM siasat kenduri kahwin anak Ali Rustam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berikutan penganjuran majlis kenduri kahwin anak lelakinya baru-baru ini yang menjangkau kehadiran tetamu seramai 130,000 orang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul berkata, siasatan akan dilakukan secara menyeluruh dan telus.

“Kita teliti satu persatu, tengok sumber perbelanjaan daripada mana, siapa yang keluarkan duit, kita periksalah,” katanya di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lebih lanjut kerana siasatan baru saja bermula.

Majlis perkahwinan anak Mohd Ali pada hujung minggu lalu itu juga telah diiktiraf ‘Malaysia Book of Records’ sebagai tetamu teramai pada majlis perkahwinan.

Sebelumnya kami telah menyiarkan artikel ‘Pembangkang sengaja isukan majlis kahwin anak saya, kata Ali Rustam‘. – Info Terkini @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: