Suami Cemburu Buta Sanggup Pijak Kepala Isterinya!

by MediaKini on 21 October, 2012

in Info Terkini

Share:

GOMBAK – Dek kerana sikap cemburu buta, seorang wanita cedera dibelasah serta ditendang, malah kepalanya turut dipijak suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Rawang, di sini, kelmarin.

Difahamkan, wanita yang berusia 25 tahun tersebut mengalami kecederaan di kepala dan badan serta terpaksa mendapatkan rawatan di hospital berhampiran sebelum membuat laporan polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, suami mangsa yang berusia lewat 20-an telah dikatakan memarahinya kerana mendakwa mangsa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

“Mangsa telah menafikan tuduhan tersebut menyebabkan berlaku pertengkaran. Suaminya dikatakan naik angin lalu bertindak melibas mangsa menggunakan tali pinggang”

“Tidak cukup dengan itu, mangsa juga turut diperlakukan dengan kejam apabila ditampar dan ditendang sehingga terjatuh”

Menurut sumber, stetlah terjatuh, suaminya bertindak memijak kepala serta membaling kerusi ke arah mangsa.

Mangsa yang cedera di kepala dan badannya terpaksa mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.

“Bimbang perbuatan itu berulang, mangsa telah membuat laporan di balai polis berhampiran”

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan mengesahkan menerima laporan tersebut. – Info Terkini @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: