(TAHNIAH)Farid Kamil Dan Diana Danielle Nikah 3 November Ini



Wow. Memang sungguh tak disangka. Sebentar tadi di majlis tayangan filem PE3, Farid Kamil telah mengumumkan yang Diana Danielle dan dirinya akan bernikah pada 3 November 2012 ini. Jutaan tahniah Admin ucapkan kepada Farid Kamil dan Diana Danielle atas berita gembira ini.
diana danielle farid kamil
Untuk makluman, mereka berdua baru sahaja bertunang pada 1 September yang lepas. Farid Kamil telah memberi kenyataan di bawah kepada portal Murai:-
Setelah mendapat restu kedua ibu bapa saya, malam ini saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Diana Danielle akan melangsungkan perkahwinan kami pada 3 November ini. Saya harap dengan pengumuman ini, ramai pihak akan mendoakan yang terbaik buat kami
Perkara baik sebegini sememangnya harus dicepatkan. Hanya tinggal lebih kurang 20 hari sahaja lagi sebelum Diana Danielle bergelar isteri kepada Farid Kamil. Semoga segala persiapan akan berjalan dengan lancarnya. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada bakal pengantin ini.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top