Tasha Shila Tidak Tahu Siapa Datuk J, Nafi Berparti Di Disko



Tasha Shila adalah antara pelakon baru yang kontroversi. Sebelum ini pernah kecoh seketika apabila Tasha telah digosipkan menari tarian ghairah di sebuah disko, yang dinafikan oleh beliau. Selepas itu Tasha juga menerima kritikan kerana mengaku sering ke kelab malam untuk menenangkan fikiran.
Kemudian Tasha telah memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 untuk kategori Artis Baru Terbaik. Timbul juga cakap-cakap yang mempertikaikan kemenangan beliau yang tidak dijangka sehingga muncul pula kontroversi apabila seorang artis yang turut bertanding dalam kategori yang sama dengan Tasha Shila memberikan komen tentang ‘undi diri sendiri’ dan seterusnya meleret kepada kontroversi-kontroversi yang lain pula.
Namun gosip yang telah beredar agak lama dalam industri hiburan ialah tentang Tasha ditaja oleh seorang individu bergelar ‘Datuk J’ yang dikatakan telah menghadiahkan Tasha dengan kereta BMW. Semalam, Kosmo! telah menyiarkan gosip terbaru tentang Tasha yang dikatakan telah berparti di sebuah disko minggu lepas bersama rakan-rakan dan juga ‘Datuk J’.

Tasha bagaimanapun menafikan gosip terbaru itu dalam temu ramah dengan Kosmo! apabila ditanya sama ada benar yang dia telah berparti dengan Datuk J:
Itu pun sudah nama gosip, sesiapa boleh cakap saya macam-macam. Sudah tentu ia tidak benar. Sudah 10 hari saya berada di Brunei. Pulang sekejap (semalam, selama sehari) ini pun untuk Anugerah Blockbuster 2012. Saya sekarang sibuk kerja bukan ke mana-mana disko.
Apabila ditanya apa yang dilakukannya di Brunei, Tasha menjawab:-
Saya menjalani penggambaran drama bersiri Erna Suraya selama 10 hari di Brunei. Ia merupakan produksi syarikat di negara itu. Sebelum itu saya berada di Cameron Highlands untuk drama yang sama. Untuk drama ini, saya sering berada (menjalani penggambaran) di beberapa tempat lain lagi seperti di Legolands, Johor.
Mengenai gosip terbaru ini, Tasha menyatakan:-
Cerita ini tentu dibuat-buat oleh pihak yang menyampaikan kepada pengetahuan media yang ingin lihat saya jatuh. Tidak benar sama sekali saya ada penaja. Datuk J pun saya tidak tahu dia siapa, macam mana cerita ini timbul pun saya tidak tahu kerana saya tidak berada di Kuala Lumpur dalam tempoh yang dikatakan saya ke disko itu.
Siapakah sebenarnya Datuk J?
Saya tidak tahu. Apa yang saya tahu, saya kerja keras untuk cari duit. Hari-hari saya ada kerja dengan berada di lokasi penggambaran, malas saya hendak layan gosip berkenaan.
Komen Tasha tentang pencipta gosip pula ialah:-
Ia adalah lumrah apabila saya berada dalam dunia seni. Saya malas hendak ambil kisah gosip tidak benar sebegitu sebab saya tahu ramai yang hendak jatuhkan kerjaya saya.
Dalam perkembangan lain, yang memenangi Anugerah Blockbuster untuk Heroin Baru Terhebat (Ratu The Movie), akan ke lokasi untuk drama 28 episod slot Akasia pada bulan November dan berada di Abu Dhabi untuk drama Cinta Abu Dhabi.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top