Umno sambut baik kemungkinan kerjasama dengan Pas

 

Umno sambut baik kemungkinan kerjasama dengan Pas

SHAH ALAM: Beberapa pemimpin Umno menyambut baik dan menerima secara positif saranan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang berhasrat murni merencanakan semula perpaduan umat Islam terutamanya melibatkan Umno dan Pas.

Antaranya Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Umno tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Pas demi perpaduan ummah Islam.

“Saya harap kepimpinan Pas yang lain dapat mengesahkan persetujuan mereka terhadap kenyataan saudara Nasharudin ini,”

katanya yang berharap pengesahan persetujuan menyeluruh pucuk pimpinan Pas.

Sebelum ini menerusi artikel [Nasha gesa Pas utamakan Islam bukan kuasa], Nasharudin memperingatkan Pas supaya tidak terlalu mengejar kuasa hingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Nasharudin menyatakan, masalah perpecahan umat Islam yang sepatutnya menjadi keutamaan sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Beliau  berkata, kemenangan Islam dalam perjuangan mendaulat agama suci itu berada dalam tangan umatnya sendiri, bukan dengan bantuan orang yang bukan Islam. Kenyataan itu dilihat Nasharuddin kurang selesa bersekongkol dengan Parti bukan Islam dalam perikatan sedia ada.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Harun berkata, suara lantang Nasharudin adalah wajar didengari pemimpin Pas dan ahli-ahli Pas terlebih dahulu.

“Kaedah yang disarankan itu sangat baik, tetapi beliau perlu bersama- sama pemimpin Pas lain yang mengutamakan perjuangan Islam seperti Datuk Dr Harun Din, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad dan Ismail Mina menjadi pencetus kepada kesatuan umat Islam supaya umat Islam disegani oleh rakan dan lawan.

“Mereka perlu mencari jalan penyelesaian untuk membersihkan pemikiran umat Islam untuk bersatu dengan melaksanakannya di peringkat akar umbi Pas terlebih dahulu,”

katanya.

Bagaimanapun katanya, beliau bimbang sekiranya hanya Nasharudin sahaja yang mahu melaksanakan perpaduan umat Islam, tetapi pemimpin sebaris dengannya yang lain tidak menyokong usaha dan mengendahkan suara beliau.

“Apa yang berlaku ialah beliau tewas kepada Mat Sabu kerana kurang mendapat sokongan dalam pemilihan pemimpin. Beliau tidak disokong oleh ahlinya sendiri dalam suara-suaranya yang wajar.

“Saya khuatir, saranan ini hanya beliau bercakap sendiri tanpa dihiraukan,”

katanya.

Beliau berkata, perkara sedemikian tidak berlaku dalam Pembangkang apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh menolak undang-undang Islam dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan liberal.

“Inisiatif yang hendak dilakukan Nasharudin baik, tetapi saya risau Pas tidak menerima itu,”

katanya. – Info Politik @ forblogger.net

 

Leave a Reply