Kim Jang Hoon merupakan rakan baik Psy satu ketika dulu, malah dalam tahun 2009 mereka pernah menyanyi dan membuat konsert bersama.
Namun, persahabatan itu tidak kekal lama bila Psy telah muncul dengan lagu dan tarian Oppa Gangnam Style yang mengegarkan satu dunia termasuk artis barat.
Terselit berita gembira itu adalah satu kepedihan bagi Jang Hoon yang mendakwa tarian Gangnam Style itu adalah ciptaan beliau.
Malah akibat tekanan perasaan, Jang Hoon dikatakan pernah cuba untuk membunuh diri dan pernah mendakwa mahu meninggalkan Korea.

Namun semuanya berakhir apabila Kim Jang Hoon datang ke satu konsert Psy lalu membuat permohonan maaf terbuka. Psy juga turut membuat permohonan maaf kepada Jang Hoon.

Sebagai meraikan kemaafan antara mereka, kedua-dua sahabat itu mengambil “soju” (arak Korea) dan meminumnya bersama di atas pentas dihadapan peminat termasuk media.


