5 Maut Dalam Kemalangan MPV Yang Ngeri

 

5 Maut Dalam Kemalangan MPV Yang Ngeri

 Hajat akhir 11 rakan yang juga merupakan ahli pancaragam untuk mengadakan pertunjukan kebudayaan di Muar, Johor berkecai apabila lima daripadanya maut, empat parah dan dua lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 372.1 Lebuhraya Utara- Selatan arah Selatan dekat sini semalam.

Dalam kemalangan yang berlaku pada jam 7 pagi itu, sebuah sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai Starex dikatakan telah terbabas dan merempuh bahagian belakang sebuah lori bermuatan beras yang berhenti di lorong kecemasan.

5 Maut Dalam Kemalangan MPV Yang Ngeri

Akibatnya, 5 mangsa iaitu Pang Lee Si, 35, dari Taman Serdang, Kedah; budak, Juvien Chin Yu Xuan, 12, serta Poh Hock Huat, 60, dari Nibong Tebal, Pulau Pinang; Daphne Eng Yuik Yee, 14, dari Bagan Selatan, Tanjung Piandang dekat sini dan Hong Choon Tee, 33, mati di tempat kejadian.

Tiga orang berada dalam keadaan kritikal, Bu Wei Hong, 50; Heng Ah Lee, 60, dan Lim Tau Hong, 3, ditempatkan di Unit Rawatan Rapi HSR.

Manakala tiga mangsa, Chong Soon Choy, 61, patah tangan manakala dua lagi, Ho Seok Yi, 18, dan Goey Wen Ni, 16, cedera ringan. Kesemua mangsa menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna jenis (MPV) Hyundai Starex yang dipandu Soon Choy.

Kemalangan itu mengakibatkan salah seorang mangsa putus kepala selain hancur anggota badan. Menurut seorang saksi, “Saya terduduk seketika selepas melihat kepala seorang daripada mangsa terputus dan otaknya melekat pada pintu kenderaan,” kata Ku Mohd Hayazi Ku Mohd Isa- Info Terkini @ Forblogger.net