7 Makanan Pembakar Lemak




Adakah anda mempunyai masalah berat badan??? Jika ya, silalah menjaga berat badan anda agar mantain dalam berat badan ideal. Terdapat pelbagai cara yang boleh membantu anda untuk membakar lemak antaranya melalui senaman dan diet. Tetapi anda juga boleh turut membakarnya walaupun ketika anda makan. Di sini saya ada 7 MAKANAN PEMBAKAR LEMAK:


Bawang putih/merah

Bawang mengandungi antibakteria dan mineral seperti sulfur yang membantu untuk membakar lemak. Selain daripada itu, makanan ini juga berfungsi untuk melancarkan lagi sistem penghadaman dan juga meningkatkan metabolisme tubuh seseorang.

Tomato

Makanan ini mengandungi vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Selain daripada itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomata sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet.

Putih telur

Putih telur adalah merupakan makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein yang ada di dalam putih telur membantu untuk proses membakar lemak. Tetapi cuba elakkan atau kurangkan daripada memakan kuning telur kerana ia mengandungi kandungan kolesterol yang agak tinggi.

Lada

Mungkin makanan ini akan menghangatkan lagi kehidupan anda. Tetapi kandungan vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu untuk meningkatkan lagi metabolime badan dan secara tidak langsung ia akan turut membakar lemak.

Anggur

Salah satu makanan yang membantu untuk membakar lemak anda adalah anggur. Anggur bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi ia turut membawa khasiat yang dipanggil pektin. Pektin dapat membantu untuk menurunkan tahap kolesterol seseorang.

Lobak merah

Makanan ini mengandungi karotina yang merupakan sejenis vitamin A untuk membantu melancarkan sistem penghadaman dan membakar sisa lemak.

Timun

Timun bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan untuk membakar lemak, tetapi khasiat didalamnya juga turut memberi kebaikan kepada buah pinggang kerana ia dapat membantu untuk membersihkan asid urik.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top