Aliff Aziz Tidak Pernah Menyesal Mengenali Anne, Bahkan Satu Kehilangan Buatnya

Aliff Aziz Tidak Pernah Menyesal Mengenali Anne, Bahkan Satu Kehilangan Buatnya

Anne Ngasri telahpun bertunang beberapa minggu yang lalu, dan pada petang semalam juga merupakan kali pertama Aliff Aziz membuat kemunculan berhadapan dengan wartawan.

Ketika bercakap kepada media di sidang akhbar Anugerah Bintang Popular ke 26, Aliff Aziz mendakwa yang beliau sekarang ini tidak mahu memikirkan sangat soal itu, beliau kini hanya mahu lebih fokus kepada kerjaya.

“Saya kini lebih fokus kepada kerja. Memang sedikit sebanyak saya merasa sedih tetapi saya luangkan masa dengan keluarga untuk cuba melupakan semuanya, juga ke gym”

“Dia seorang wanita yang sempurna dan secara jujur bersama Anne Ngasri merupakan perasaan yang betul betul cinta,” 

“Anne  juga tidak pernah buat apa apa pun kesalahan kepada diri saya, bahkan dia pandai menjaga saya dari atas sampai bawah dan ini satu kehilangan yang besar buat saya pada mulanya”

Menurut Aliff Aziz, beliau bersyukur Tuhan pernah menghadirkan Anne Ngasri dalam hidup beliau dan beliau tidak pernah rasa menyesal berkenalan dengan bekas kekasihnya itu selama ini.

Tambah Aliff Aziz lagi, beliau kini sudah tidak lagi berhubungan dengan pihak keluarga Anne Ngasri seperti dahulu dan berterima kasih kerana selama ini ada menyokong.

“Orang label saya playboy? Orang lain tidak tahu apa yang saya lalui dan 8 bulan bersama Anne Ngasri merupakan yang terindah dalam hidup saya, nyata bakal suami dia seorang yang bertuah,” ujarnya lagi.– Info Artis @ forblogger.net

Harian Malaya

Hi Harian Malaya adalah SEO Warrior di forblogger.net news portal. Harian Malaya juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada yang lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

One thought on “Aliff Aziz Tidak Pernah Menyesal Mengenali Anne, Bahkan Satu Kehilangan Buatnya


Fatal error: Call to undefined function post_typesparklingupports() in /home/forblogg/public_html/wp-content/themes/sparkling/comments.php on line 65