Anas Ridzuan (Mentor) Besar Kepala,Tidak Berdisiplin?

by MediaKini on 2 November, 2012

in Info Artis

Share:

Anas Ridzuan (Mentor) Besar Kepala,Tidak Berdisiplin?: Penyanyi Anas Ridzuan yang pernah menyertai program Mentor musim ke-6 akui terkejut serta menolak persepsi segelintir pihak menuduh dirinya mula berubah sikap dan ‘besar kepala’ kerana faktor kejutan budaya sejak bergelar artis.

“Saya tidak berasa bahawa kini saya mengalami kejutan budaya seperti yang diperkatakan itu. Saya bukannya baru dan naif dalam bidang hiburan ini?”

“Memang nama saya mula dikenali setelah menyertai Mentor 6 tapi sebelum itu lagi saya telah terlibat dalam bidang seni menerusi teater serta beberapa aktiviti berkaitan”

“Saya sendiri belajar dalam jurusan seni persembahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum itu. Sekurang-kurangnya saya mempunyai asas serta dikelilingi rakan-rakan yang bekerja dalam bidang seni”

Timbul desas desus kononnya pemenang tempat ke-3 program realiti nyanyian ini dikatakan kurang disenangi segelintir pihak termasuk pihak produksi serta stesen televisyen (TV) apabila dia dikatakan mula bersikap besar kepala dan tidak berdisiplin.

“Saya sedar perkara tersebut timbul berpunca daripada kesilapan saya sebelum ini. Saya pernah tidak hadir dalam sebuah rakaman program TV kerana urusan peribadi di kampung”

“Saya juga pernah jelaskan kepada pihak terbabit namun saya tahu tindakan itu meninggalkan persepsi yang buruk kepada reputasi saya”

“Saya belajar daripada kesilapan itu serta cuba memperbaikinya. Saya harap jangan timbul lagi salah faham kepada mana-mana pihak berhubung komitmen dan kesungguhan saya dalam bidang ini”

Aktiviti terbaru, Anas berkata, kini dia sedang sibuk mengumpulkan lagu-lagu baru setelah kemunculan lagu pertama berjudul Hanya Dirimu. – Info Artis @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: