Anuar Zain Dambakan Wanita Seperti Nora Danish

 

Anuar Zain Dambakan Wanita Seperti Nora DanishPenyanyi Anuar Zain akui wajah pelakon Nora Danish adalah antara ciri-ciri wanita Dambaannya untuk dijadikan isteri.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain,42, berkata, dia mula tertarik dengan Nora sejak kemunculan dalam pelakon itu menerusi drama Puteri.

Nora Danish memiliki bentuk wajah dalam kriteria wanita idaman saya yang feminin serta lembut. Saya tidak menolak takdir sekiranya dijodohkan dengan Nora”

Namun, tambah Anuar, hubungannya dengan Nora tidak lebih daripada seorang rakan kerja kerana wanita itu hanya menjadi pasangannya dalam klip video Ajari Aku yang turut disertai pelakon Datuk Rahim Razali.

“Walaupun Nora ada ciri-ciri wanita idaman seperti yang di inginkan, tapi ia belum sampai ke tahap bagi saya mengenalinya dengan lebih lanjut. Masing-masing punya hal peribadi sendiri”

Dalam pada itu, pada majlis pelancaran klip video itu, Anuar juga turut mengumumkan akan mengadakan konsert solonya pada 16 Februari 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, pukul 8.30 malam.

Konsert yang diberi nama ‘Anuar Zain-Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari’ itu akan dianjurkan oleh Anuar Zain Network Sdn Bhd serta syarikat rakaman Universal Music.

Ia adalah konsert sulung Anuar setelah 30 tahun berada dalam industri seni muzik tempatan.

“Saya rasa telah tiba masanya bagi membuat konsert untuk peminat-peminat setia yang sentiasa menyokong saya dari dulu lagi”

“Sudah lama saya ingin buat konsert, namun masalahnya tiada penganjur membuatkan hasrat itu terbantut”

“Sekarang ini, saya serta pihak Universal bakal menggerakkan konsert ini dan mengalu-alukan mana-mana penaja bagi bekerjasama dengan kami”

Anuar akan membuat persembahan selama 2 jam tanpa penyanyi undangan serta bakal beraksi sebaik mungkin buat para peminatnya itu. Tiket konsert boleh dibeli bermula 12 Disember depan melalui ejen tiket www.ticketcharge.com.my. – Info Artis @ forblogger.net