Anzalna Tak Peduli Tuduhan Dumb Blonde

 

Anzalna Tak Peduli Tuduhan Dumb Blonde

Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 24, merupakan pelakon jelita hasil dari pencarian Dewi Remaja berkata dia tidak peduli dengan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dirinya sebagai selebriti yang berfikiran cetek atau ‘dumb blonde.’

Anzalna  berkata, persepsi itu tidak mengganggu dirinya sehingga dia perlu berubah menjadi individu yang berlainan daripada karakter semula jadinya yang ceria.

“Terus-terang, saya tidak kisah dengan persepsi orang. Saya tidak akan boleh buat semua orang menyukai saya.

“Biarlah apa orang nak anggap kerana mereka hanya menilai pada luaran. Saya tetap dengan diri dan karakter ceria yang tidak menyusahkan sesiapa pun.

“Pada saya, jika teguran atau tanggapan itu berasas, saya akan terima dan berubah dengan hati terbuka tetapi kalau persepsi kononnya saya ‘dumb blonde’, ia tidak akan menyakitkan saya,” katanya baru-baru ini.

Anzalna yang juga pelakon filem Sepah The Movie ini berkata, tuduhan yang tidak berasas itu dilemparkan oleh sikap segelintir pihak tanpa mengenali dirinya dengan lebih dekat.

“Saya sedar sikap periang dan gemar ketawa dengan kuat ini membuatkan orang menuduh saya berfikiran singkat dan nampak bodoh.

“Walaupun saya kelihatan seperti suka mengambil mudah dalam urusan yang dilakukan, ia tidak bermakna saya tidak boleh berfikir dan menilai baik dan buruk sesuatu perkara.

“Saya belajar sehingga ke peringkat universiti dan ada ilmu. Otak saya bukan kosong cuma saya tidak mahu bersikap serius dalam kehidupan seharian,” jelasnya sambil mengakhiri perbualan.-Info Artis @ forblogger.net