Awi Rafael & Hanez Suraya Tunang Tahun Depan?




Awi Rafael Dan Hanez Suraya Tunang Tahun Depan?

Sejak penyanyi, Awi Rafael dan pelakon, Hanez Suraya mula terbuka untuk berkongsi cerita mengenai hubungan mereka, ramai yang mula bertanyakan tidak mahukan mereka mengikat tali pertunangan.

Tetapi masing-masing mengelakkan dengan mengatakan masih belum tiba masanya.

Terbaru ada khabar angin memberitahu yang dalam diam-diam mereka sebenarnya telah mengikat tali pertunangan.

Menerusi Malaysiadigest.com, hari ini, Awi ternyata terkejut dengan dakwaan itu bagaimanapun mengatakan cerita itu tidak benar sama sekali.

“Mana ada! Belum. Kalau soal saya bawa keluarga saya jumpa Hanez baru-baru ini, itu perjumpaan biasa. Kebetulan ibu saya ada di sini.

“Setakat ni hubungan kami okay. Masing-masing sibuk dengan kerjaya. Kami belum fikir apa-apa lagi,” katanya.

Awi menambah yang kini dia sedang berusaha kerja keras untuk mengumpul duit.

“Memanglah kalau ikutkan, nak bertunang dulu sebab ikut adat, kan. Tapi buat masa ini, belum lagi. Saya sedang bekerja keras (kumpul duit) ni.

“Mungkin kami akan bertunang dulu ker, tahun depan. InsyaAllah,” jelasnya.

Awi Rafael ditemu sewaktu di majlis sidang media Anugerah Planet Muzik (APM), semalam.

Jejaka berusia 26 tahun ni tercalon dalam empat kategori iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu, Lagu Terbaik Singapura, Artis Popular Paling Popular dan Lagu singapura Paling Popular.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top