Aziz Satar Rujuk Semula Bekas Isteri

 

Aziz Satar Rujuk Semula Bekas Isteri

KUALA LUMPUR – Datuk Aziz Satar diberitakan akan kembali merujuk bekas isteri Hashimah Delan yang dicerainya selama sembilan bulan yang lepas.

Pak Aziz yang juga seniman kelahiran Surabaya, Indonesia berusia 87 tahun memberitahu, beliau dan bekas isteri bersetuju berbuat demikian setelah masing-masing memperoleh kembali persefahaman.

Untuk itu beliau meminta jasa baik semua pihak agar tidak membesar-besarkan isu tersebut kerana perselisihan antara suami dan isteri merupakan asam garam dalam kehidupan berumah tangga.

“Perkara ini tidak perlu lagi diperbesarkan kerana semuanya sudah selesai. Perselisihan kecil yang berlaku itu adalah lumrah dalam kehidupan rumah tangga dan semua orang melaluinya.

“Semuanya telah selesai dengan baik, kami bersepakat untuk merujuk semula perkara ini secara sah di mahkamah dalam masa satu atau dua hari lagi,” katanya.– Info Artis @ forblogger.net