Aznil Terima Pingat Johan Setia Mahkota

 

Aznil Terima Pingat Johan Setia Mahkota

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran ke -50 tahun, pengacara popular negara, Aznil Hj Nawawi telah dikurniakan pingat Johan Setia Mahkota (JSM) oleh DYMM Yang Dipertuan Agong, Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

“Sekecil mana anugerah yang diberikan kepada saya, ianya satu benda yang amat saya hargai. Saya bersyukur kerjaya saya telah dipandang dan dihargai serta dikenan oleh Agong,.

“Sekitar tahun 2008, saya telah dikurniakan anugerah Johan Mahkota Wilayah. Sekarang ini, pingat JSM pula. Kedua-dua pingat ini sangat bermakna buat saya. Apatah lagi, ia dikurniakan serentak dengan hari ulang tahun kelahiran saya yang ke-50,” katanya kepada wartawan kelmarin.

Apa yang lebih mengharukan Aznil apabila pihak pengurusan Astro turut mengadakan majlis hari jadi buatnya yang dianjurkan secara mengejut hingga dia hampir menitiskan air mata.

“Semasa saya dihantar Astro ke Afrika Selatan minggu lalu untuk menjadi pemerhati program Fear Factor, mereka telah mengadakan sebuah majlis hari jadi secara mengejut untuk saya di sana.

“Hari ini pula, selepas saya terima anugerah, saya dikejutkan pula dengan sambutan dengan majlis hari jadi yang begitu meriah sekali,” ujarnya yang kini memegang jawatan sebagai Naib Presiden dan Ketua Ambossador Astro.

Aznil dalam pada itu turut mengakui dia terkejut apabila mendapat tahu pembantu rumahnya telah melarikan diri ketika dia berada di Afrika Selatan.

“Waktu saya dapat tahu berita ini, saya rungsing dan tidak tentu arah. Namun, saya bersyukur kerana ibu saya tidak mengalami sebarang masalah atau pun cedera. Saya berharap pembantu itu warga Indonesia itu dapat diberkas dengan segera.

“Setakat ini, saya masih belum menerima sebarang laporan sama ada pembantu rumah itu dapat ditangkap atau pun tidak,” jelasnya.– Info Artis @ forblogger.net