Bayaran Bonus Kakitangan Awam Kali Kedua 2012

Bayaran Bonus Kakitangan Awam Kali Kedua 2012: Kerajaan telah membuat keputusan agar Imbuhan Tahunan serta Bayaran Khas Prestasi untuk kali ke-2 tahun 2012 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Bayaran Bonus ini adalah bagi mengenang budi dan menghargai sokongan serta komitmen mereka dalam mencapai matlamat pembangunan negara.

Kadar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi untuk keseluruhan tahun 2012 yang ditetapkan adalah sebanyak satu setengah bulan gaji atau minimum RM1,500.00 termasuk bayaran setengah bulan gaji yang telah dilaksanakan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2012.

Bonus 2012 dibayar kepada pegawai dari Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional, manakala Bayaran Khas Prestasi akan dibayar kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12/2012

Pekeliling rasmi berhubung bayaran bonus 2012 itu telah dikeluarkan di laman web JPA. Kaedah pembayaran bonus 2012 boleh dibaca dalam pekelilng tersebut. Klik pautan di atas bagi membaca sendiri Pekeliling bayaran bonus untuk kakitangan awam buat kali ke-2 disember 2012. – Info Terkini @ forblogger.net