Bayaran Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) Januari 2013

 

Bayaran Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) Januari 2013: Dalam pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan Bayaran Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M). Ianya dijangka bakal mula dibayar pada Januari tahun depan (2013).

Berhubung dengan itu, Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV) kini meminta semua 234,500 bekas tentera tidak berpencen bagi mengisi borang SVTB1M yang telah mula diedar sejak 1 November 2012 lalu.

Borang tersebut perlu dikembalikan bersama-sama dokumen yang diperlukan kepada pejabat JHEV atau Pusat Sehenti sebelum atau pada 30 November 2012 bagi diproses.

Borang Pendaftaran Sumbangan Veteran ATM Tidak Berpencen 1Malaysia

Maklumat Mengenai Bayaran Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M);

  • Borang adalah percuma.
  • Lengkapkan dan hantar ke mana-mana pejabat JHEV atau Pusat Sehenti sebelum atau pada 30 November 2012.
  • Penerima yang layak – bekas anggota ATM, angkatan sukarela di bawah ATM, Force 136, bekas tentera British dan Sarawak Rangers.

Dokumen yang diperlukan;

  • Salinan Kad Pengenalan.
  • Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 86/92) / Sijil Berhenti Pasukan Sukarela ATM (BAT B 84) semua muka surat, atau Surat Pengesahan
  • Perkhidmatan, atau Arahan Dokumentasi Persaraan/Tamat Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Arah Rekod serta Pencen (JRP).
  • Salinan Kad Bekas Tentera (jika ada).
  • Salinan buku akaun bank (mukasurat yang tercatat no. akaun sahaja).

Pemberian SVTB1M yang berjumlah RM1,000 adalah penghargaan daripada kerajaan di atas pengorbanan serta perkhidmatan veteran tentera tidak berpencen dalam mempertahankan negara ini. Maklumat lanjut, sila layari www.jhev.gov.my. – Info Terkini @ forblogger.net