Bayi Norish Karman Tidak Dibenarkan Jumpa Bapa

 

Bayi Norish Karman Tidak Dibenarkan Jumpa Bapa
KUALA LUMPUR: Kehadiran anak bongsu kepada aktres beasal dari Singapura, Norish Karman yang dilahirkan lebih setahun lalu telah menimbulkan tanda tanya rami pihak mengenai siapa bapa kepada bayi tersebut dan apakah status sebenar anak tersebut.

Tidak sekali mahu mendedahkan siapakah ayah kepada bayi yang diberi nama Haq Lutfie Alaxender itu, sebaliknya Norish Karman yang ditemui memberitahu bayinya itu tidak dibenarkan berjumpa dengan bapa kandungnya selepas tiga bulan dia dilahirkan.

“Saya tidak akan sebut siapa nama bapanya kerana anak saya itu tidak akan lagi dibenarkan berjumpa dengan bapa kandungnya. Semasa saya hamil dan melahirkannya, bapanya ada juga datang melawat saya dan bayi saya, namun bapanya sendiri mengambil keputusan untuk memilih tidak bersama kami.

“Keputusan yang dia (bapa bayi tersebut) ambil membuatkan saya rasa lebih baik anak saya itu tidak lagi berjumpa langsung dengan ‘bapanya’ lagi,” katanya kepada wartawan selepas sidang media filem Kahwin 5, yang berlangsung di Cathay Cineplex, petang semalam.

Tanda tanya yang ditinggalkan oleh Norish Karman itu membuatkan ada pihak yang mendakwa dia telah melahirkan anak tanpa nikah atau dipanggil sebagai anak haram oleh sesetengah pihak lain.

Namun begitu, Norish memberitahu wartawan apa jua gelaran yang diberikan kepada anaknya, ianya terlalu peribadi untuk dikongsi bersama.

“Haram dan halal itu hanya milik Allah. Kita sebagai umatnya tiada hak hendak menilai semua itu. Ini semua merupakan hal peribadi saya dan terlalu sukar untuk dikongsi,” jelasnya lagi.

Walau bagaimana pun, Norish memberitahu dia sangat gembira apabila dapat membesarkan anak itu bersama anak-anaknya yang lain tanpa menyisihkannnya.

“Walaupun membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal, saya bangga dengan anak itu dan sayangkan dia sama seperti anak yang lain. Itu zuriat Allah yang berikan kepada saya dan kenapa saya hendak malu kerananya?

“Saya bersyukur kerana punya keluarga lain , rakan dan peminat yang sentiasa menyokong saya dalam membesarkannya,” luahnya lagi.

Norish Karman yang bakal muncul dalam filem Kahwin 5 pada 27 Disember ini sedang dalam perancangan untuk mengarahkan sebuah program kanak-kanak untuk stesen terlevisyen. – Info Artis @ forblogger.net