Cermin Mata Ajaib Untuk Orang Buta

 

Selepas ini mungkin tongkat dan anjing mungkin tidak lagi digunakan oleh golongan orang-orang buta terutamanya pada tahun 2015 kelak, bila terciptanya  cermin mata khas buat orang buta.

Cermin Mata Ajaib Untuk Orang Buta

Menurut seorang pakar dari Universiti Oxford, Dr Stephen Hicks, alat bantuan melihat itu direka untuk menghalang seseorang yang berada dalam peringkat permulaan buta menjadi buta kekal.

“Beberapa kamera stereoskopik kecil dimasukkan ke dalam lapisan cermin berkenaan kemudian pemakainya dapat melihat dengan jelas apa sahaja objek di hadapan,” Hicks yang juga pencipta alat bantuan melihat ini.

Cermin Mata Ajaib Untuk Orang Buta

Namun begitu, menurut Dr Hicks, alat bantuan khas itu perlu menjalani beberapa ujian bermula Januari depan melibatkan 160 sukarelawan bermasalah penglihatan di Oxford dan London.

Beliau menambah, selain membantu seseorang yang buta melihat dengan jelas, kos untuk memiliki sepasangan cermin mata itu jauh lebih murah iaitu £600 (RM2,943) berbanding kos melahit anjing pemandu mencecah £30,000 (RM147,157) .   -Info Riadah @ forblogger.net