Chef Riz Mengaku Bercerai Dengan Ana Dahlia

 

Chef Riz Mengaku Bercerai Dengan Ana Dahlia

KUALA LUMPUR – Chef Riz akhirnya telah mengesahkan kebenaran desas-desus yang tersebar luas ketika ini bahawa dia sudah pun bercerai dengan isterinya, pelakon Ana Dahlia.

“Ya, saya memang sudah bercerai,” kata anak sulung Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail ketika dihubungi wartawan semalam.

Bagaimanapun, Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd. Nadzri Redzuawan, 30, enggan mendedahkan butiran terperinci perceraian berkenaan.

Berita ini turut mengesahkan tentang kisah pasangan tersebut dikatakan telah mengambil borang permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Kajang, Selangor.

Akui Chef Riz, perceraian itu berpunca daripada ketiadaan persefahaman antara mereka sejak melayari bahtera perkahwinan 11 bulan lalu.

Dalam pada itu, Chef Riz  juga mengakui perkenalan singkat hanya selama lapan bulan turut menjadi punca keruntuhan rumah tangganya.

Ana Dahlia, 29, yang merupakan pelakon filem Mantra diperkenalkan kepada Che Riz oleh adiknya sendiri, Serina.

“Saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas lapan bulan berkenalan. Selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami,” ujarnya.– Info Artis @ forblogger.net