Demi Karier Izreen Azminda ‘Tinggal’ Suami

 

Demi Karier Izreen Azminda ‘Tinggal’ Suami: Pelakon, Izreen Azminda akui tidak menang tangan menerima pelbagai tawaran lakonan sejak berkahwin pada Ogos lalu.

Menurutnya, kerana sangat sibuk di lokasi, dia terpaksa mengorbankan masa dan ‘meninggalkan’ suaminya, Muhamad Riza bagi memenuhi tuntutan karier sebagai pelakon.

“Saya akui agak sukar bagi meneruskan kerjaya lebih-lebih lagi selepas bergelar seorang isteri

“Namun , saya gembira kerana suami sentiasa berikan sokongan serta kini dia adalah pendorong utama buat saya meneruskan minat ini”

“Saya sendiri perlu bijak membahagikan masa dan sedar bahawa tanggungjawab terhadap suami adalah lebih utama”

Sebagai isteri, dia juga lebih selesa berbincang terlebih dahulu dengan suaminya apabila menerima sesebuah skrip itu.

“Saya sentiasa diingatkan agar tahu batas-batas pergaulan sesama rakan sekerja dan sewaktu bertugas. Jadi, adalah lebih baik saya memberitahu kepada dia apa yang perlu saya buat serta bagaimana watak yang bakal dimainkan”

“Lebih-lebih lagi sekiranya sesuatu babak yang memerlukan babak sentuhan dengan pelakon lelaki”

Ingin cahaya mata cepat

Sewaktu diusik mengenai cahaya mata, Izreen memberitahu, sebagai seorang wanita sudah pasti menjadi impian mereka bagi memiliki anak setelah mendirikan rumah tangga.

“Saya mahu pun suami belum merancang mengenai perkara ini. Lagi pun bulan ini cukup 3 bulan kami berkahwin, dan saya rasa ia masih awal”

“Namun, jika ada rezeki kami tidak menolaknya, kerana secara zahirnya, saya kelihatan kasar tetapi saya sebenarnya sangat menyukai kanak-kanak”

- Info Artis @ forblogger.net