Elly Dah Lali Dituduh Berkahwin Secara Senyap




Elly Mazlin


KUALA LUMPUR – Kumunculan pelakon wanita, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi atau dikenali dengan nama Elly Mazlein dalam sebuah majlis pelancaran filem Awan Dania The Movie bulan lalu tanpa memakai cincin pertunangannya terus dihambat dengan pelbagai kontroversi.

Jari manisnya tidak bersarung dengan sebentuk cincin menyebabkan ramai pihak beranggapan Elly sudah pun putus tunang dengan kekasih hatinya, pengarah filem, Azmi Hatta, 37.

Terbaru, Elly dikatakan sudah pun bernikah dengan lelaki lain dan menjadi isteri kedua kepada lelaki tersebut yang juga didakwa orang kenamaan (VIP).

Menerusi laporan Utusan Online semalam, Elly menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan dia tidak pernah berkahwin selama ini.

Tambah Elly, cerita yang mengatakan dia sudah berkahwin sudah banyak kali timbul dan merasakan dia sudah lali dengan cerita tersebut.

“Tidak. Elly single seperti sebelum ini. Masih belum berkahwin dengan mana-mana lelaki sekali pun. Semua itu gosip semata-mata. Beginilah, cerita tentang Elly yang orang kata dah berkahwin senyap-senyap ini memang dah lama sangat.

“Sebab itu, apabila timbul lagi, Elly semacam dah kalis. Telinga Elly ini macam dah terbiasa dengan gosip yang tak diketahui hujung pangkalnya. Jadi, Elly anggap gosip itu seperti usikan manja,” kata Elly.

Sudah menjadi anak seni hampir 15 tahun, Elly sendiri sudah terbiasa dengan pelbagai cerita negatif tentang dirinya.

Justeru, apabila timbulnya cerita mengenai perkahwinan untuk kali kedua, Elly sudah lali untuk berhadapan dengan cerita palsu yang dicipta orang-orang tertentu.

“Lagi pun, dah 15 tahun Elly bekerja dalam industri ini. Banyak benda yang Elly lalui. Jadi tak guna Elly nak melatah.

“Terpulang pada orang lain mahu percaya atau tidak. Tapi Elly nak tegaskan di sini yang pengakuan Elly ini bukan sandiwara,” katanya.

Bagi Elly sendiri, dia pernah terfikir untuk menambatkan status bujangnya bagi mengelakkan diri terus difitnah dengan cerita yang karut.

Namun, atas faktor masa yang singkat dan dia juga terikat dengan jadual lakonan yang terlalu padat, Ely terpaksa menangguhkan hasratnya itu.

“Kadangkala Elly terfikir juga tentang itu. Tapi Elly tak boleh penuhi kehendak orang lain sedangkan ada perkara lain yang belum selesai. Jadi berilah sedikit ruang kepada Elly untuk bagi keutamaan pada perkara yang sewajarnya satu persatu.

“Elly juga berharap agar semua dapat mendoakan agar hubungan Elly dengan Azmi berjalan lancar,” ujar Elly.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top