Fida Dan Zalif Kini Kawan Rapat, Masih Belum Tahap Bercinta



Berita kurang baik untuk mereka yang meminati Rafidah Ibrahim. Fida dan pelakon filem Papa I Love You, Zalif Sidek kini sedang dalam proses mengenali antara satu sama lain. Masih belum sampai tahap bercinta, tetapi sudah berkawan rapat. Tak lama lagi confirm couplelah nie.
fida dan zalif
Untunglah Zalif dapat kawan rapat secantik Fida. Yang lagi menguntungkan, bukan Zalif yang membuat pengakuan terlebih dahulu mengenai status mereka. Fida yang umumkan bahawa mereka berdua sedang berkawan rapat. Kata Zalif kepada portal GUA:-
Ya, saya akui kami berkawan rapat namun status kami hanya sebagai kawan biasa saja. Secara jujur, saya yang nak berkawan dengan dia selepas bertemu dengan dia di Karnival Jom Heboh pada Ogos lalu. Saya minta nombor BB Pin dia dan kami terus berhubung sehingga sekarang. Saya yakin saya tidak bertepuk sebelah tangan kerana Fida sendiri yang mengakui dulu kepada umum yang kami sedang berkawan rapat. Saya sendiri terkejut bila ada kawan yang memberitahu saya mengenai kenyataan Fida dan saya harap perhubungan kami akan terus terjalin sampai bila-bila.
fida dan zalif
Admin tengok si Zalif nie pun baik orangnya. Ada ciri-ciri suami penyayang. Muka pun sejuk dipandang. Diharap Fida tidak mempermainkan hati dan perasaan Zalif. Jangan beri harapan kemudian musnahkannya. Semoga perhubungan mereka ini akan berjaya sampai ke fasa seterusnya nanti.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top