Gambar Palestin Terus Menerima Hujan Peluru

 

Gambar Palestin Terus Menerima Hujan Peluru: Pesawat tentera Yahudi telah mengebom bangunan-bangunan milik kerajaan Hamas semalam, setelah kabinet Israel meluluskan kerahan tenaga tentera simpanan seramai 75,000 orang sebagai persiapan bagi menceroboh dari arah darat. Kesan serangan tersebut boleh dilihat melalui gambar dibawah ini.

Serangan udara itu telah memusnahkan pejabat Perdana Menteri, Ismail Haniyeh serta Kementerian Dalam Negeri Palestin.

Para pegawai di Gaza memberitahu seramai 41 rakyat Palestin, termasuk 20 orang awam yang terdiri daripada lapan kanak-kanak serta seorang wanita mengandung terbunuh sejak Israel memulakan operasi ketenteraannya 4 hari lalu. Setakat ini, 3 orang awam Israel terbunuh akibat dari serangan roket pada Khamis.

Sehingga kini tentera udaranya Israel telah mengebom sekurang-kurangnya 180 sasaran sejak semalam. Ini termasuklah ibu pejabat polis, bangunan kerajaan, tempat pelancar roket serta sebuah pusat latihan Hamas.

Negara Yahudi itu melancarkan serangan udara secara agresif pada Rabu dengan tujuan menghalang pejuang Hamas daripada melancarkan roket ke wilayah selatannya. Hamas memberitahu komitmen bagi meneruskan konfrontasi ke atas Israel.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memuji usaha Mesir bagi meredakan ketegangan di rantau terbabit. Obama turut kesal atas kematian orang awam di Negara terbabit. – Info Terkini @ forblogger.net