Gambar Syella Kamaruddin Sarat Mengandung

Gambar Syella Kamaruddin Sarat Mengandung: Kalau anda masih ingat, bekas penyanyi awal tahun 2000 Syella Kamaruddin ini yang pernah muncul dengan kontroversi perkahwinan yang dikhabarkan telah menelan belanja hingga RM15 juta!

Kos RM15 juta itu juga turut merangkumi hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta serta sebuah kereta sport mewah Audi R8.

Dan sebab itulah para wartawan mengejar kisah perkahwinannya yang sekaligus telah menenggelam impian ‘wedding of the year’ mana-mana artis yang juga turut berkahwin pada akhir tahun lepas.

Namun, kisah perkahwinannya agak pelik kerana identiti suaminya amat dirahsiakan atas faktor peribadi. Ramai orang mula berteka-teki, ada yang berkata Datuk A, Tan Sri B, Tun C.

Popularnya kisah perkahwinan Syella Kamaruddin ini tak terhenti di komuniti Melayu, akhbar berbahasa Cina juga tertarik dengan kisah perkahwinannya untuk dijadikan bahan berita.

Kini, setahun telah berlalu. Syella Kamaruddin kembali membawa khabar gembira dengan perkongsian sekeping gambarnya yang sedang sarat mengandung. Tahniah kami ucapkan, serta semoga berbahagia! – Info Artis @ forblogger.net

One thought on “Gambar Syella Kamaruddin Sarat Mengandung


Fatal error: Call to undefined function post_typesparklingupports() in /home/forblogg/public_html/wp-content/themes/sparkling/comments.php on line 65