Gambar Terbaru Irma Hasmie Yang Bambam





Suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah, 31, mengakui semenjak disahkan hamil, isterinya itu mengalami alahan mengandung yang sangat teruk, namun selepas itu dia bertukar menjadi seorang yang berselera serta kuat makan. "Dua minggu sebelum ini, Irma sering saja mengalami alahan mengandung yang teruk. Sehinggakan kami nak bergerak beraya pun agak susah. Sebab itulah, ada jemputan rumah terbuka yang kami tidak dapat hadir.

"Namun, bak kata orang-orang tua. Itu hanyalah alahan biasa. Apapun, kini isteri saya sudah semakin sihat dan berubah menjadi seorang yang pemakan. Dia menjadi semakin cepat lapar. Kalau di awal dulu saya yang berselera tapi sekarang ianya dah berpindah pada Irma," jelasnya kepada murai.com.my.

Merancang untuk mengadakan majlis rumah terbuka penghujung Syawal ini, Redza memberitahu sambutan perayaan tahun ini amat meriah berbanding raya sebelum ini. "Syukur Alhamdulillah. Syawal kali ini di sambut dengan meriah sekali. Kami berdua banyak memenuhi undangan di sana-sini. Bagaimanapun, ada juga jemputan yang tidak dapat kami hadir disebabkan kesihatan isteri saya yang kurang mengizinkan.

"Setakat ini, kami belum lagi mengadakan open house. Insya-Allah, kalau tidak ada masalah, kami akan mengadakang penghujung Syawal nanti. Saya pun masih belum bincang secara serius dengan Irma tentang hal ini," katanya.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top