Hanez Suraya Pening ‘Layan’ Isteri Amy Search?




Hanez Suraya

KUALA LUMPUR – Teguran yang diberikan oleh penyanyi rock Malaysia, Amy Search kepada pelakon wanita, Hanez Suraya yang mendakwa Hanez sombong dalam sebuah majlis artis masih lagi tidak berhenti.

Terbaru, isteri Amy Search, Noursih dikatakan cuba untuk memanjangkan isu tersebut.

Pucanya bermula apabila Hanez mendakwa Nourish masih lagi menjaja cerita kononnya Hanez sombong kepada pihak-pihak tertentu.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila Nourish sendiri telah membuka mulut berhubung isu tersebut kepada adik Hanez sendiri.

“Saya terima dan mengaku bahawa itu salah saya walaupun saya bukan melakukannya dengan sengaja. Kemudian Nourish datang ke sebuah bank untuk melakukan urusan.

“Kebetulan kakitangan yang berurusan dengannya itu adalah adik saya. Dia bertanya kepada kakitangan tersebut, sama ada awak adalah adik Hanez Suraya.

“Dia pun terus beritahu adik saya tentang insiden di Anugerah Blokbuster 2012 itu. Adik saya kata tak mahu masuk campur. Betullahkan kata adik sayakan. Dia pun sambung cakap lagi pasal hal itu,” kata Hanez yang dipetik dari portal Murai.com.

Ekoran dari tindakan Nourish, Hanez mengaku dia merasakan tindakan isteri kepada penyanyi bersuara lantang itu adalah sebagai tidak profesional.

Ini kerana kontroversi yang mulanya tercetus di laman Twitter adalah antara dia dan Amy Search sahaja.

“Betul memang saya ada tulis kenyataan yang mengatakan dia tidak profesional. Tapi, saya buat kenyataan itu pun selepas dia sendiri tidak mahu berjumpa dan berdepan dengan saya.

“Apa yang berlaku sebelum ini hanya melibatkan saya dengan abang Amy berdasarkan kepada kenyataannya di dalam twitter yang mengatakan saya sombong sewaktu menjayakan Anugerah Blokbuster 2012 baru-baru ini,” katanya.

Pun begitu, Hanez yang kian meningkat naik namanya cuba untuk menyelesaikan salah faham antara dia dan Nourish dengan cara bersua muka.

Namun, Hanez memberitahu Nourish enggan berbuat demikian.

“Saya tidak mahu jawab apa-apa. Kemudian, seorang rakan saya yang kebetulan adalah rakannya jadi orang tengah untuk temukan kami berdua. Tapi, dia tidak mahu pulak jumpa. Itulah yang peliknya.

“Setahu saya, saya tiada masalah langsung dengan dia. Bila hendak jumpa tak mahu pula. Saya sedia berjumpa dengan dia sebab bagi saya, saya tidak ada buat salah apa pun dengan dia,” tambah Hanez lagi.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top