Hindraf Dan Anwar (PKR) Akhirnya Bertemu

Hindraf Dan Anwar (PKR) Akhirnya Bertemu: Buat pertama kali sejak penubuhannya, Hindraf dengan rasmi bertemu dengan pemimpin utama PKR, termasuklah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi membincangkan isu-isu berhubung masyarakat India.

Delegasi Hindraf yang diketuai oleh pengerusi pergerakan itu, P Waythamoorthy dilihat lebih selesa dengan Pakatan Rakyat, berbanding dengan abangnya, Uthayakumar.

Uthayakumar merupakan seorang pemimpin de facto gerakan itu semasa ketiadaan P Waythamoorthy yang tinggal dalam buangan sejak Disember 2007 dan kembali ke tanahair pada 1 Ogos.

Uthayakumar juga telah menubuhkan sebuah Parti Hak Asasi Manusia, yang ingin bertanding di kerusi yang kini diwakili Pakatan.

Pertemuan yang berlangsung hampir 2 jam itu turut melibatkan antara lain, Naib Presiden Tian Chua serta bekas naib presiden R Sivarasa.

Waythamoorthy berkata walaupun belum mempunyai sebarang persetujuan yang dicapai “lagi”, namun menegaskan bahawa perbincangan itu “berhasil”.

“Terdapat keinginan jelas bahawa Hindraf dan PKR ingin bekerja”

- Info Politik @ forblogger.net