Hobi Jijik Seorang Wanita Simpan 3 Lelaki

 

KUALA LUMPUR – Sewaktu dia mempunyai segala-galanya dalam hidup seperti yang diidamkan kebanyakan wanita berjawatan besar, keluarga bahagia serta sihat tubuh badan tapi angkara hobi jeliknya suka menyimpan lelaki muda bagi kepuasan nafsunya.

Episod hitam seorang wanita berusia 53 tahun yang dikenali sebagai Jun ini bermula sewaktu dia telah disahkan menghidap penyakit Aids pada 2009 setelah dijangkiti kuman HIV daripada seorang daripada 3 ‘anak ikan’ yang ‘dibelanya’.

Anak ikan ialah istilah yang digunakan bagi lelaki muda yang ‘disimpan’ wanita berusia bagi pemuas nafsu.

Takut penyakit itu diketahui masyarakat sekelilingnya, dia telah membuat keputusan meletak jawatan sebagai pegawai atasan di sebuah agensi kerajaan di selatan tanah air.

Dalam pada itu, dia diceraikan suami yang turut memisahkannya dengan 3 anak setelah mengetahui penyakit itu diperoleh hasil hubungan terlarang. - Info Terkini @ forblogger.net