Isteri Derhaka, Engkar Arahan Mahkamah

Isteri Derhaka, Engkar Arahan Mahkamah

KANGAR – Seorang suami yang sanggup turun naik tangga Mahkamah Tinggi Syariah lebih dari 22 kali semata-mata untuk mengesahkan status perkahwinan selepas diceraikan oleh isterinya dengan menggunakan surat cerai taklik palsu kira-kira dua tahun lalu.

Usaha Yusri Ahmad Jusoh, 55, itu akhirnya berbaloi apabila mahkamah pada 8 Novemver lalu memutuskan bahawa perkahwinannya dengan Intan Fazilah Othman, 35, pada 29 Januari 2009 sebagai sah.

Malangnya, dia terus berdepan dengan kekecewaan apabila isteri beliau tetap engkar dan masih tidak pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu mahkamah membuat keputusan tersebut.

Malah kmenurut Yusri, ketika dia cuba menghubungi isterinya itu secara baik, seorang lelaki yang menjawab panggilan telefon telah memberi amaran kepadanya supaya jangan mengganggu wanita itu.

“Ketika mahkamah membuat keputusan tersebut, dia dan saya berada di hadapan hakim mendengarnya. Kami faham dengan perintah yang dikeluarkan itu.

“Tetapi selepas selesai kes di mahkamah, dia terus keluar dan menghilangkan diri.

“Keesokannya saya dapat menghubungi telefon bimbit Intan Fazilah tetapi saya terkejut apabila seorang lelaki memberi amaran jangan mengganggu wanita itu sedangkan dia isteri saya yang sah,” katanya.

Yusri yang merupakan seorang peniaga berasa sangat kecewa selepas ikatan perkahwinannya terputus apabila isterinya menghantar surat perceraian taklik dari negara jiran.

Apa yang lebih mengejutkan, Yusri mendakwa surat taklik yang dihantar oleh Intan Fazilah itu rupa-rupanya palsu setelah dia membuat pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Songkhla.

Dua bulan selepas itu, dia membuat permohonan terhadap status perkahwinannya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini dan prosiding kes tersebut berlarutan selama dua tahun apabila mahkamah memutuskan perkahwinan mereka masih sah pada 8 November lalu.

Sehingga menurut Yusri, dia masih gagal menghubungi isterinya untuk berbincang mengenai keputusan mahkamah terbabit bagi merancang masa depan termasuk nasib seorang anak perempuan hasil perkahwinan mereka yang sehingga kini dia tidak dibenarkan berjumpa.  – Info Terkini @ forblogger.net

Harian Malaya

Hi Harian Malaya adalah SEO Warrior di forblogger.net news portal. Harian Malaya juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada yang lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.