Isteri stereng,suami brek

 

KULAIJAYA: Satu kereta dua pemandu. Sepasang suami isteri terpaksa memandu dengan cara bahaya setiap hari untuk mencari rezeki berikutan masalah kesihatan dialami seorang daripada mereka.

Setiap hari sejak Jun lalu, Rajab Awang, 64, yang diserang penyakit angin ahmar akan bekerjasama dengan isterinya, Asmah Ghazali, 52, untuk memandu sejauh lia kilometer Perodua Kancil milik mereka dari rumah di Desa Idaman, Senai, dekat sini, ke kilang tempat isterinya bekerja.

Rajab menggunakan kaki untuk menekan pedal minyak, brek dan klac kereta transmisi manual itu disebabkan oleh bahagian pinggang ke atas termasuk kedua-dua tangannya tidak mampu berfungsi..

Pada masa sama, isterinya yang merupakan pengawal keselamatan kilang batu-bata akan duduk di bahagian penumpang hadapan untuk mengawal stereng dan gear kereta.

“Kami terpaksa berbuat demikian kerana saya tidak tahu memandu kereta dan kami tidak cukup duit untuk membayar tambang teksi setiap hari,” katanya.- Info terkini @ forblogger.net