Program ‘Jalan Jalan Cari Makan’ (JJCM) yang kali ini mendapat sentuhan dari Iqram Dinzily sebenarnya mendapat pujian daripada pelbagai pihak ekoran gaya beliau yang santai dan sesuai dengan program hiburan berbentuk keluarga tersebut.
Bagaimanapun, Iqram Dinzly mengakui yang beliau masih belum memikirkan untuk meneruskan tugasnya pada musim akan datang.
Iqram menambah, dia tetap bersyukur kerana menerusi JJCM inilah dia kini telah dicalonkan dalam kategori awal, Anugerah Bintang Popular 2012 bagi kategori Pengacara TV Lelaki Popular.
Bersyukur dengan respons baik yang telah diberikan penonton dan peminat terhadapnya, Iqram bagaimanapun meminta supaya beliau tidak dibandingkan dengan pengacara sebelum ini.
“Bagi saya, pengacara sebelum ini adalah senior saya dalam JJCM, tidak kira mereka lebih muda atau lebih tua dari saya, dan saya amat menghormati mereka.
“Tugas mengacara program makanan bukan perkara yang mudah kerana kita perlu menarik perhatian penonton untuk mencuba makanan yang dihidangkan.
“Alhamdulillah, setakat ini, saya menerima maklum balas yang cukup baik dan saya tidak sangka mendapat sokongan sebegitu,” katanya.- Info Artis @forblogger.net

