Justin Bieber & Selena Gomez Berpisah?




Justin Bieber & Selena Gomez Berpisah?

Khabar angin mengenai hubungan antara penyanyi remaja sensasi Justin Bieber dan Selena Gomez putus kini mulai tersebar.

Khabar angin tersebut bukan pertama kali didengari bahkan status mereka dikatakan telah berpisah telah diperkatakan sebanyak tiga kali untuk tahun ini sahaja.

Khabar angin yang terbaru ini mulai tersebar setelah Bieber memuat naik gambarnya keseorangan dengan kapsyen yang agak meragukan.

Gambar hitam putih itu memperlihatkan Justin yang menundukkan wajahnya, dan pelantun hits “Boyfriend” telah menulis perkataan ‘Lingse’ sebagai kapsyen gambar itu.

Bukan seorang peminat fanatik Bieber namun jutaan peminatnya telah membuat andaian bahawa perkataan ‘Lingse’ yang ada di kapsyen gambarnya itu jika diterbalikkan menjadi ‘Single’ yang bermaksud solo.

Namun sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak Bieber mahupun Selena sendiri mengenai gosip tersebut.

Sementara itu, Bieber kini sedang sibuk di dalam mempromosikan single terbarunya bersama Nicki Minaj “Beauty and a Beat” yang kini telah berjaya meraih 60 juta penonton di laman Youtube semenjak dilancarkan pada awal bulan lepas.- Yahoo!


HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top