Justin Pilih Afrika Sebagai Lokasi Bulan Madu




Justin Pilih Afrika Sebagai Lokasi Bulan Madu

Pasangan pengantin baru Justin Timberlake dan Jessica Biel yang berkahwin pada Oktober lalu memilih Afrika sebagai destinasi bulan madu.

Menurut MaliOnline, mereka akan menggunakan jet peribadi untuk ke Tanzania, kemudian menaiki helikopter ke Serengeti Park.

Pemilihan itu dibuat kerana Justin ingin mengikut jejak langkah Jessica yang sering melakukan kerja-kerja amal di negara-negara mundur.

Selain itu, mereka juga dikhabarkan menaiki pesawat peribadi untuk ke sebuah resort untuk bersantai selama beberapa hari sebelum Jessica terbabit dalam penggambaran filem terbarunya, The Devil dan Blue Sea Deep.

Sebelum ini, pasangan itu telah berkahwin di hadapan kira-kira 100 tetamu di resort mewah, Borgo Egnazia, Itali Selatan pada 19 Oktober 2012.

Pasangan Timberlake dan Jessica mengikat pertunangan Disember lalu semasa mereka bercuti bersama di Jackson Hole, Wyo.

Ini perkahwinan pertama bagi kedua mereka.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top